Friday 18 November 2016

Selayang Pandang Pertubuhan Asrama Anak-anak Saudara Kita, Yatim, Fakir dan Miskin PERKIM, Marang Terengganu

"ISLAM ITU PERSAUDARAAN" : KEUTAMAAN ANAK-ANAK PERMATA EMAS


NO. PENDAFTARAN : PPM-016-11-26082014


ALAMAT : LOT 106 KAMPUNG GONG BALAI PANTAI, 21610 MERCHANG, MARANG, TERENGGANU.


SEJARAH PENUBUHAN :

               Pada 4 April 2012 bertempat di Sumai Hotel, Kuala Terengganu, menerusi persidangan Mesyuarat Agong PERKIM kali ke-22, PERKIM bahagian Negeri Terengganu menerima usul daripada PERKIM Cawangan Dungun bagi menubuhkan Asrama Anak-Anak Saudara Kita, Yatim, Fakir dan Miskin PERKIM Negeri Terengganu. Rentetan itu, pada 26 Ogos 2014, Pertubuhan Asrama Anak-Anak Saudara Kita, Yatim, Fakir dan Miskin PERKIM Negeri Terengganu telah ditubuhkan di bawah akta penubuhan 1966.

OBJEKTIF PENUBUHAN :

  • Membantu anak-anak saudara kita, yatim, fakir dan miskin mendapat penjagaan yang sempurna.
  • Membantu anak-anak saudara kita, yatim, fakir dan miskin mendapat ilmu pendidikan yang sempurna dunia dan akhirat
  • Membantu anak-anak saudara kita, yatim, fakir dan miskin mendapat kebajikan yang sewajarnya.
  • Membantu melahirkan pelajar-pelajar menghafaz al-quran dalam jangka masa ditetapkan.
  • Melahirkan anak-anak saudara kita, yatim, fakir dan miskin menjadi insan yang syumul (sempurna) dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.

SENARAI KEMUDAHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG DIPERLUKAN BAGI KEBAJIKAN PENGHUNI :

  • Majlis berbuka puasa, moreh dan sahur.
  • Kemudahan sedia ada.
  • Kemudahan/ tambahan prasarana.
  • Penyediaan makan/minum penghuni.
  • Pengurusan utility bulanan.
  • Program pembangunan pendidikan dan sahsiah.
  • Kebajikan dan sosial 

SUMBANGAN DANA BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN ASRAMA BOLEHLAH DISALURKAN KEPADA : 

PERTUBUHAN ASRAMA KANAK-KANAK YATIM PERKIM NEGERI TERENGGANU
(NOMBOR AKAUN :111431000332 BANK RAKYAT) 

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH BERHUBUNG MELALUI :

  • 0199049528 - EN ISMAIL
  • 0169892073 - EN.HJ MUHAMMAD
  • 0139575088 - PN.MARIAM

"Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat."
HR. MUSLIM

1 comment: