Saturday 19 November 2016

Program Impian Kasih Jalinan Mesra bersama anak-anak yatim Perkim, Marang, Terengganu

PROGRAM IMPIAN KASIH JALINAN MESRA

Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Seramai 11 orang fasilitator daripada ISM Kerja Sosial Sem 1 UniSZA. Program ini berbentuk kebajikan yang dapat melahirkan mahasiswa yang rapat dengan komuniti.

Sesungguhnya kasih sayang itu tiada nilainya. Setiap orang mempunyai impian untuk dikasihi dan mengasihi. Makanya, dengan adanya jalinan yang mesra dari masyarakat setidaknya mereka dapat merasai sendiri kehangatan kasih sayang yang wujud dalam naluri manusia. Oleh itu, Program Impian Kasih Jalinan Mesra merupakan sebuah program yang dilihat mampu menyalurkan kasih sayang diantara mereka.

AKTIVITI :














UCAPAN PENGARAH PROGRAM:

Alhamdulillah telah selesai program ini. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya kepada pihak pengurusan Asrama Anak-anak Yatim, Fakir dan Miskin PERKIM kerana sudi menerima kunjungan kami. Kami berharap program seperrti ini dapat dijalankan lagi. Tahniah dan syabas kepada ketua fasilitator saudara Ziyad Yazid kerana banyak membantu menjayakan program kali ini. tidak lupa juga kepada semua barisan fasilitator saudara Hafiz, Izwan, saudari Dayang, Yana, Syamimi, Arnie, Syafikah, Syafirah, Farah kerana atas kerjasama semua program ini dapat dijalankan dengan jayanya.  

1 comment:

  1. Lucky 5 Casino Site - Review | No Deposit Bonus Code for
    Lucky 5 Casino is a safe and reputable choegocasino casino that is run by a Maltese company 1xbet korean with หาเงินออนไลน์ a rich history in online casino gaming.

    ReplyDelete